CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 11, 2010

Saya qada nanti..


Saya mengajar sesi petang.. di waktu PJK..
saya dan pelajar2 akan berada di padang sekolah..

pelajar akan saya suruh bermain apa sahaja yang mereka inginkan...
asalkan mereka berada di padang dan berada di dalam pemerhatian saya..

saya seperti biasa akan bermain badminton dengan anak murid..
bermain dengan gembira dengan harapan dapat mengeluarkan peluh dan meyihatkan badan..

kemudian,keadaan tidak mengizinkan kami bermain badminton..
angin terlalu kuat dan menyebabkan bulu tangkis kami asyik melayang ke tempat lain...
huhu

fed up.. kui3

so, sy pun decide utk berhenti bermain dan duduk di pondok di tepi padang sambil memerhatikan pelajar2 yang bermain dan ada juga pelajar yg duduk bersembang di tepi padang..

sekarang dah pukul 5.30pm saya melihat jam di henpon (jam sy dah rosak, sdg repair di kedai.. huhu)

saya berbual dengan pelajar yg ada di pondok..
kamu tak solat asar lg ke?

"saya qada asar waktu maghrib nanti.."
"haaaa...?" saya tergamam...

"eh..mana boleh qada solat tanpa sebab" sy berata..
saya mengulas lg..
"kalo nak qada solat pun bukan sebab saje2 nak qado... nak qado ni kalo awak tertidur sampai terlepas waktu solat atau pun terlupa saje"

"yeke, cikgu"pelajar itu menyoal..
"betul" tegas sy menjawab.

keadaan sunyi seketika..
sy berfikir seketika.. mungkin soalan yg sy akan soalkan nanti agak sensitif..tp demi agama sy menyoal pelajar tersebut..

"emm, mak kamu solat tak?"
"solat,mak pun solat qada sekali dia bt subuh,zohor,asar,maghrib sekali pada waktu isyak"pelajar itu berkata jujur..

aduhh..saya tersentak..berkerut dahi..Ya Allah, kenapa masih ada orang sebegini?

"eh,kenapa mak awak tak solat zohor, kan mak tak kerja pun..duk rumah je kan?"
"mak sibuk kemas rumah"
"aik, bukan kamu duduk 3 orang je kan, takkan sibuk sampai tak sempat nak solat"
"taktau la cikgu"

Ya Allah, tak sempat solat sebab sibuk kemas rumah?

"eh, kamu kena cerita kat mak kamu ok, solat tak boleh qada sebab banyak kerja, amik masa 5-10minit untuk solat..kalo buat qada camtu..tak boleh tau"

"ok,cikgu. cikgu saya nak jumpa adik saya jap"
"ok, pergilah"

*
*
*

Saya dan ibu saya kenal pelajar ini. sudah kematian ayah, dan ibu pula tidak bekerja. Pelajar tersebut mempunyai masalah rabun yg teruk, adiknya pula di tingkatan 1 cacat. Kakinya pendek sebelah dan tidak dapat berjalan dengan betul. Adik bongsu pula sedang belajar di darjah 6 di sekolah ibu.

Mungkin disebabkan kurang ilmu agama menyebabkan mereka menjadi begini..Mungkin mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu.. Oleh itu, guru bukan sahaja tugasnya mengajar subjek akademik..tp sebagai ustazah mungkin..hehe..kerana bagi saya, ilmu akademik tidak sepenting ilmu agama..

Sampaikan ilmu tanpa jemu~~

Sunday, March 7, 2010

cabaran guru terhadap pelajar lemah


pelajar lemah dalam matematik merupakan pelajar yg lemah asas2 matematik.
saya dpt perhatikan di kelas tingkatan 2A8, kelas yg terakhir dlm tingkatan 2 di sekolah sy..
pelajar sy lemah matematik!
tetapi masih ada seorang dua yg cemerlang berbanding yg lain..
kelas ini terlalu bising, ramai pelajar berbangsa india berbanding bangsa melayu..
mereka lemah matematik dan menyebabkan mereka kurang minat matematik..
mereka lemah asas2 matematik. Iaitu tidak menghafal sifir-sifir yang mudah..

apa yg saya lakukan di kelas?

1. selalu menyatakan matematik mudah.. 'Alah, senang je soalan ni', 'mudahkan?', 'ha..bukannye kamu tak boleh, ni boleh je jawab'

2. selalu memberi pujian. Namun sy terpaksa juga memberi denda kepada pelajar yg bermasalah.. bagi sy yang bemasalah ialah pelajar yg suka mengacau pelajar lain yg ingin belajar.. saya akan asingkan pelajar itu ke tempat yg lain..


3.Saya akan membuat soalan yg mudah2 sahaja.. ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam menjawab soalan. kemudian sy akan mengunakan corak soalan yg sama, cuma menukar angka yg lain.. pelajar pasti boleh jawab. cuma masih ada pelajar yg masih malas menjawab. cuma mahu meniru jawapan kawan. hmmm....

4. selain itu, saya juga selalu melibatkan penglibatan pelajar dalam sesi p&p. setiap pelajar perlu menjawab soalan di white board. Mereka akan terlalu excited menjawab..

5. Jangan lupa memberi kata2 semangat kepada pelajar2 yg lemah ini.. mereka perlukan motivasi diri utk berjaya! guru, jgn berkata 'awak ni mmg bodoh betul!' ermm.. dah bodoh kita perlu ajar mereka sedaya mungkin..

6. kadang2 kita perlu gunakan paksaan dalam pengajaran.. pelajar menganggap mudah sesuatu yg penting tp kita tidak tekankan.. contohnya: sifir, square,square roots, cube, dan cube roots..
sy paksa pelajar menghafalnya.. akhirnya dengan mudah mereka menjawab soalan tanpa menggunakan calculator atau menyelak buku nota..=)

7. akhir kata, guru cemerlang tak akan putus asa mengajar pelajar lemah.. ini lah cabaran kita!

Saturday, March 6, 2010

DONT GIVE UP!!!!!

Hidup kita tak selalu indah..
apa yg dirancang tak semua dpt dicapai..
takdir bukan alasan utama utk putus asa..
usaha.. terus usaha....
jangan putus asa...
lihatlah manusia bernama nick vujicic..
yg tidak mempunyai kaki dan tangan..
yg pada mulanya malu dgn kelemahan diri..
menyalahkan tuhan dgn keadaannya..
pernah beberapa kali mahu membunuh diri..
tetapi akhirnya
dia sedar..dia mula memotivasikan diri sendiri..
dia tidak putus asa....
kini.. dia mula memotivasikan org lain yg sempurna yg masih putus asa dgn kesempurnaan yg ada...............

hayati video ini..



http://www.youtube.com/watch?v=_jeOguqNIAo

Friday, March 5, 2010

Peranan Otak kiri dan Kanan Kita


Otak Kiri

  1. Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  2. Menganilisis secara terperinci.
  3. Berfikir secara linear (pengelolaan).
  4. Menguasai matematik.
  5. Menggunakan logik.
  6. Memahami bahasa.
  7. Memahami lisan.
  8. Peka kepada fakta.
  9. Berfikir menggunakan perkataan.
  10. Mengingat lirik lagu.
  11. Perlukan rasional.



Otak Kanan
  1. Berfikir secara keseluruhan dan serentak. (holistik)
  2. Mencari ilham (intuisi).
  3. Berfikir secara kreatif.
  4. Berkaitan seni.
  5. Menggunakan imaginasi.
  6. Bersifat subjektif.
  7. Retma (rentak/intonasi).
  8. Memahami tanpa lisan.
  9. Perasaan (emosi).
  10. Berfikir menggunakan gambaran.
  11. Menghayati irama lagu.
  12. Ada visi.

Friday, February 26, 2010

masakanku masakan hotel..


love is life~
life is love~
we should love each other...

smlm.. hubby ade tny..
syg btpe td?
syg masak..
masak ape?
masak simple2 je la syg..
ye la masak ape...?
syg masak sambal udang, sayor, n ikan pekasam.. simple je la..

wah.. simple tp sedap..
kalo syg nak tau..abg lg ske syg mkn masakan syg dari masakan di hotel.. suke sgt..

hehe..
ye ke ni abg?

betul syg..
abg suke sgt masakan syg.. lg best dr hotel..

wahhhhh.......hepi..hepi..hepi..~~
terharu ble hubby ckp camtu...
hehe

life is love~~

Friday, February 12, 2010

anak dan isteri solehah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


cikgu tak boleh tido lg..jam di laptop menunjukkan pukul 1.46am.
kenapa tak boleh tido lg? ermm..
fikiran tak tenang..
memikirkan diri ini...
semakin lalai..
semakin alpa dan lupa ttg kejadian diri ini sebagai hamba Allah..

hati ini sentiasa di bolak balik..
tp naluri insani selalu ke arah kebaikan..
syukur alhamdulillah...
cikgu sentiasa muhasabah diri...

mari kita membentuk diri menjadi lebih baik dari semalam....

Sunday, January 10, 2010

sekolah sesi petang....11/1/10

Hari ini cikgu akan bertugas sesi petang.. perasaan bercampur-campur.. sedih, gembira, teruja dan bersemangat..
kenapa perlu ada sedih? sesi pagi yg telah cikgu tempuhi telah memberi banyak pengalaman yg menarik..

Pertama: kelas yg di ajar pelajar-pelajar yg sudah matang mengikut pertambahan umur.. tingkatan 3,4,5

Kedua: subjek yg di ajar merupakan subjek yg cikgu minati.. Matematik.. walau pada mulanya cikgu agak kekok mengajar subjek ini.. tp selepas cikgu sendiri mengalami proses pembelajaran dan pengajaran akhirnya cikgu berjaya habiskan topik dalam subjek ini...

Ketiga: pagi2 memang segar.. tak mengantuk! hehe

Keempat: mungkin cikgu dah biasa belajar pada waktu pagi.. dulu sekolah cikgu bukannye ada sesi petang..

apa2 pun yg bakal cikgu alami nanti akan cikgu jdkan ia sesuatu yg menarik!! insyaAllah..

salam perkenalan dari cikgu seri buat semua...=)