CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 11, 2010

Saya qada nanti..


Saya mengajar sesi petang.. di waktu PJK..
saya dan pelajar2 akan berada di padang sekolah..

pelajar akan saya suruh bermain apa sahaja yang mereka inginkan...
asalkan mereka berada di padang dan berada di dalam pemerhatian saya..

saya seperti biasa akan bermain badminton dengan anak murid..
bermain dengan gembira dengan harapan dapat mengeluarkan peluh dan meyihatkan badan..

kemudian,keadaan tidak mengizinkan kami bermain badminton..
angin terlalu kuat dan menyebabkan bulu tangkis kami asyik melayang ke tempat lain...
huhu

fed up.. kui3

so, sy pun decide utk berhenti bermain dan duduk di pondok di tepi padang sambil memerhatikan pelajar2 yang bermain dan ada juga pelajar yg duduk bersembang di tepi padang..

sekarang dah pukul 5.30pm saya melihat jam di henpon (jam sy dah rosak, sdg repair di kedai.. huhu)

saya berbual dengan pelajar yg ada di pondok..
kamu tak solat asar lg ke?

"saya qada asar waktu maghrib nanti.."
"haaaa...?" saya tergamam...

"eh..mana boleh qada solat tanpa sebab" sy berata..
saya mengulas lg..
"kalo nak qada solat pun bukan sebab saje2 nak qado... nak qado ni kalo awak tertidur sampai terlepas waktu solat atau pun terlupa saje"

"yeke, cikgu"pelajar itu menyoal..
"betul" tegas sy menjawab.

keadaan sunyi seketika..
sy berfikir seketika.. mungkin soalan yg sy akan soalkan nanti agak sensitif..tp demi agama sy menyoal pelajar tersebut..

"emm, mak kamu solat tak?"
"solat,mak pun solat qada sekali dia bt subuh,zohor,asar,maghrib sekali pada waktu isyak"pelajar itu berkata jujur..

aduhh..saya tersentak..berkerut dahi..Ya Allah, kenapa masih ada orang sebegini?

"eh,kenapa mak awak tak solat zohor, kan mak tak kerja pun..duk rumah je kan?"
"mak sibuk kemas rumah"
"aik, bukan kamu duduk 3 orang je kan, takkan sibuk sampai tak sempat nak solat"
"taktau la cikgu"

Ya Allah, tak sempat solat sebab sibuk kemas rumah?

"eh, kamu kena cerita kat mak kamu ok, solat tak boleh qada sebab banyak kerja, amik masa 5-10minit untuk solat..kalo buat qada camtu..tak boleh tau"

"ok,cikgu. cikgu saya nak jumpa adik saya jap"
"ok, pergilah"

*
*
*

Saya dan ibu saya kenal pelajar ini. sudah kematian ayah, dan ibu pula tidak bekerja. Pelajar tersebut mempunyai masalah rabun yg teruk, adiknya pula di tingkatan 1 cacat. Kakinya pendek sebelah dan tidak dapat berjalan dengan betul. Adik bongsu pula sedang belajar di darjah 6 di sekolah ibu.

Mungkin disebabkan kurang ilmu agama menyebabkan mereka menjadi begini..Mungkin mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu.. Oleh itu, guru bukan sahaja tugasnya mengajar subjek akademik..tp sebagai ustazah mungkin..hehe..kerana bagi saya, ilmu akademik tidak sepenting ilmu agama..

Sampaikan ilmu tanpa jemu~~

0 comments: