
pelajar lemah dalam matematik merupakan pelajar yg lemah asas2 matematik.
saya dpt perhatikan di kelas tingkatan 2A8, kelas yg terakhir dlm tingkatan 2 di sekolah sy..
pelajar sy lemah matematik!
tetapi masih ada seorang dua yg cemerlang berbanding yg lain..
kelas ini terlalu bising, ramai pelajar berbangsa india berbanding bangsa melayu..
mereka lemah matematik dan menyebabkan mereka kurang minat matematik..
mereka lemah asas2 matematik. Iaitu tidak menghafal sifir-sifir yang mudah..
apa yg saya lakukan di kelas?
1. selalu menyatakan matematik mudah.. 'Alah, senang je soalan ni', 'mudahkan?', 'ha..bukannye kamu tak boleh, ni boleh je jawab'
2. selalu memberi pujian. Namun sy terpaksa juga memberi denda kepada pelajar yg bermasalah.. bagi sy yang bemasalah ialah pelajar yg suka mengacau pelajar lain yg ingin belajar.. saya akan asingkan pelajar itu ke tempat yg lain..
3.Saya akan membuat soalan yg mudah2 sahaja.. ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam menjawab soalan. kemudian sy akan mengunakan corak soalan yg sama, cuma menukar angka yg lain.. pelajar pasti boleh jawab. cuma masih ada pelajar yg masih malas menjawab. cuma mahu meniru jawapan kawan. hmmm....
4. selain itu, saya juga selalu melibatkan penglibatan pelajar dalam sesi p&p. setiap pelajar perlu menjawab soalan di white board. Mereka akan terlalu excited menjawab..
5. Jangan lupa memberi kata2 semangat kepada pelajar2 yg lemah ini.. mereka perlukan motivasi diri utk berjaya! guru, jgn berkata 'awak ni mmg bodoh betul!' ermm.. dah bodoh kita perlu ajar mereka sedaya mungkin..
6. kadang2 kita perlu gunakan paksaan dalam pengajaran.. pelajar menganggap mudah sesuatu yg penting tp kita tidak tekankan.. contohnya: sifir, square,square roots, cube, dan cube roots..
sy paksa pelajar menghafalnya.. akhirnya dengan mudah mereka menjawab soalan tanpa menggunakan calculator atau menyelak buku nota..=)
7. akhir kata, guru cemerlang tak akan putus asa mengajar pelajar lemah.. ini lah cabaran kita!
Sunday, March 7, 2010
cabaran guru terhadap pelajar lemah
Posted by seri at 12:41 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment